RESTORAN DAPUR RUMBIA MENYEDIAKAN MASAKAN ALA THAI, WESTERN FOOD DAN STEAMBOAT.
Terletak tidak jauh dari pekan Gerik Perak, jarak dianatara pekan dengan restoran ini lebih kurang 1 KM jauhnya. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur kedudukan restoran ini adalah selepas pekan Gerik dan terletak di sebelah kiri, berhampiran dengan Pejabat Taman Negeri Royal Belum, berhadapan dengan Taman Tok Purba Lahamat.
Menyediakan pelbagai masakan "ala carte" ala Thai yang enak, Western Food dan Steamboat. Menunya mempunyai pelbagai jenis makanan disediakan untuk individu dan juga pakej untuk keluarga dan lain-lain lagi. Pelangan boleh memilih pesanan secara individu dan menu set, pendek kata pelanggan boleh memilih memilih mengikut selera masing-masing. Sekiranya anda hendak pergi ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur atau sebaliknya cubalah singgah dan menjamu selera di restoran ini, pastinya makanan yang ditempah amat berbaloi dimakan dengan nilai duit yang anda bayar. Restoran ini beroperasi setiap hari dan mula di buka mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 pagi tiap-tiap hari. Pelangan yang hendak menempah melalui talian h/p 0175510151.